Monday 21 November 2011

Pembelajaran Kooperatif


Sehingga hari ini, kami telah mempelajari 4 kaedah pembelajaran iaitu Project Base Learning (PjBL), Pembelajaran inkuiri, Problem Base Learning (PBL) dan Thinking Base Learning (TBL). Pada hari ini, saya telah mempelajari satu lagi kaedah pembelajaran iaitu Pembelajaran Kooperatif.

Pembelajaran Kooperatif adalah kaedah pengajaran iaitu pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil iaitu secara heteragenous. Heteragenous ini bermaksud pelajar mempunyai kemampuan yang berbeza. Di dalam kumpulan ini akan berlakunya proses perbincangan dan interaksi yang aktif antara ahli kumpulan. Akhirnya, pelajar akan melakukan penilaian dan kesimpulan tentang apa yang dibincangkan.

5  PRINSIP PEMBELAJARAN KOOPERATIF

1.    Saling bergantungan secara positif
2.    Penanggungjawaban individu
3.    Interaksi bersemuka
4.    Pengajaran kemahiran sosial eksplicit
5.    Pemprosesan kumpulan

TEKNIK PEMBELJARAN KOOPERATIF
1.    JIGSAW
2.    STAD
3.    GI
4.    TGT
5.    TAI- Team accelerate instruction
6.    Numbered Head Together

TEKNIK JIGSAW
Hari ini kami telah menjalankan Teknik JIGSAW untuk mempelajari pembelajaran kooperatif ini. Setiap pelajar di setiap kumpulan diberi nombor 1 hingga 5. Selepas mendapat nombor, pelajar diarahkan untuk bergerak ke kumpulan yang mempunyai nombor yang sama. Jadi, semua ahli berpecah dari kumpulan asal. Setiap ahli akan bertanggungjawab untuk menjadi PAKAR iaitu tentang teknik yang akan dibincangkan dalam kumpulan yang telah dibahagikan tadi. Kami diberi masa 30 minit untuk berbincang. Setelah selesai, kami kembali ke kumpulan asal dan berkongsi maklumat yang diperoleh.


TEKNIK TAI- Team accelerate instruction
Matlamat = Memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaian seiring dengan pelajar lain.

Langkah2

Ø  Guru akan memberi kuiz
Ø  Pelajar akan menjawab secara individu
Ø  Guru menilai kuiz tersebut dan membahagikan kumpulan kecil berdasarkan markah yang diperoleh. Kumpulan tersebut perlu terdiri daripada pelajar baik, sederhana dan lemah.
Ø  Pelajar akan berbincang jawapan kuiz dengan ahli kumpulan yang telah di agih.
Ø  Guru membuat kuiz sekali lagi untuk menilai kefahaman dan peningkatan markah pelajar.

TEKNIK STAD

Ø  Guru akan mengajar di dalam kelas
Ø  Kemudian, guru akan memberi kuiz untuk memahami tahap kefahaman pelajar.
Ø  Seterusnya, kumpulan kecil dibahagikan mengikut keputusan kuiz. Satu kumpulan mesti terdiri dari tahap pencapaian yang berbeza.
Ø  Pelajar akan berbincang
Ø  Guru memberi kuiz secara individu
Ø  Markah kuiz individu tadi akan dicampurkan dengan markah ahli kumpulan asal tadi.
Ø  Ganjaran diberikan.

TEKNIK TGT

Ø  Cikgu akan mengajar terlebih dahulu.
Ø  Kumpulan dibahagikan kepada 4 atau 5 orang tiap kumpulan
Ø  Guru akan memberi satu soalan dan semua kumpulan akan berbincang untuk selesaikan soalan
Ø  Guru terangkan jawapan.
Ø  Kemudian, kumpulan baru dibentuk mengikut level kefahaman pelajar.
Ø  Guru bagi kuiz
Ø  Pelajar kumpul skor dan kembali ke kumpulan asal

TEKNIK  GI

Ø  Aktiviti dijalankan secara berkumpulan
Ø  Penyiasatan dijalankan
Ø  Ada interaksi, mencari idea dan intrepertation dengan ahli kumpulan
Ø  Analisis maklumat, motivasi diri dan pelajar membentangkan dapatan.
Ø  Guru melakukan penaksiran.
Ø  Teknik ini menggunakan asas inkuiri akademik.

No comments:

Post a Comment