Sunday, 13 November 2011

Kemahiran mengendalikan perbincangan

Tujuan mengadakan perbincangan
¨Melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
¨Melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan
¨Memperkukuhkan pembelajaran
¨Meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
¨Memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar

Langkah-langkah mengendalikan perbincangan

Perancangan
¨Tetapkan tujuan dan objektif
¨Senaraikan soalan utama yang boleh membawa kepada pencapaian objektif
¨Rancang penggunaan demonstrasi yang menarik untuk memotivasi dan merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika sesuai)

Pelaksanaan
¨Mulakan dengan satu persoalan saintifik
¨Galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti
¨Gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalanApa pendapat kamu?”
¨Aplikasi langkah-langkah menyoal
¨Akhiri perbincangan dengan meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah dibincangkan dan meringkaskan isi-isi penting
¨Gunakan soalan reflektif sekerap yang mungkin



p/s: berbincanglah dengan langkah yang betul dan berprinsip. Jangan jadikan sesi perbincangan sebagai medan pergaduhan dan bualan kosong hehehe (sama-sama mengingatkan diri-sendiri juga hehe)

2 comments: