Monday 17 October 2011

Kemahiran Menyoal

Salam semua:)

Hari ini dalam kelas EDU 3016, kami telah mempelajari tentang kemahiran menyoal.

Rupa-rupanya menyoal ni banyak langkah....untuk mengajak pelajar berfikir dan menjawab soalan yang diberi dengan baik.

5 Langkah untuk menyoal pelajar : -

  • Ajukan soalan kepada seluruh kelas
  • Memberi masa untuk berfikir
  • Pilih pelajar untuk menjawab soalan.
  • Memberi respon kepada jawapan pelajar
  • Nyatakan semula soalan dan berikan jawapan yang tepat

Semasa proses pembentangan, dua kumpulan telah dipilih untuk membentang tentang kemahiran ini.

Kumpulan Hafiz telah menyoal tentang Prinsip Archimedes. Beliau telah mengambil masa yang agak lama untuk membolehkan pelajar faham dan mampu memjawab soalan yang diberi.
Kumpulan yana pula menyoal soalan seperti apa yang akan terjadi apabila ais cair??

Antara jawapan yang diberi:-

  • gelas berpeluh (kondensasi)
  • air melimpah
  1. air berkurang

    Kesimpulannya, kita perlu mengambil perhatian tentang semua aspek yang berkaitan topik yang ingin disoal. Supaya kita dapat mengaitkan semua konsep yang membolehkan pelajar menjawab soalan yang diberi.



    9 KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN


    1. Memulakan pengajaran
    2. Menyoal
    3. Menerang
    4. Memperkukuh
    5. Membuat demonstrasi
    6. Mengendali perbincangan
    7. Mengendali kerja amali
    8. Menutup pengajaran
    9. Membuat refleksi


    Sunday 16 October 2011

    Pembelajaran Inkuiri

    Salam semuaJ
    Pada minggu lepas dalam kelas EDU, saya dan kawan telah mempelajari tentang pembelajaran inkuiri. Dr Nurul siap bagi demonstrasi macam mana nak buat teknik pengajaran ni pada kelas berikutnya.
    Pembelajaran inkuiri ini adalah proses untuk yang biasa digunakan untuk mendapat ilmu dalam bidang sains.
    Inkuiri saintifik terbahagi kepada empat langkah iaitu:-
    Ø  Asking a question
    Ø  Planning, completing and investigation
    Ø  Answering the question or solving the problem
    Ø  Communication the result to everyone.

    Hari berikutnya, kami telah menjalankan satu ‘inquiry lab’ . Tajuk yang telah dipilih ialah Buoyant force and Archimedes principle.
    Sepanjang aktiviti ini kami melalui pembelajaran 4 fasa seperti yang telah diajar sebelum ini.

    • Ø  Introduction
    • Ø  Re structure idea – inquiry
    • Ø  Application
    • Ø  Relection/closer
    Cuma apa yang ingin ditekankan disini inkuiri saintifik akan berlaku di dalam fasa 2.
    Dalam eksperimen ini, terlebih dahulu kami diberi soalan.


    Ø  Why do heavy steel ships float while a piece of much lighter steel sinks? In fact why do some objects float while others sink?

             Hmm..kenapa ye…kapal yang besar dan berat tu boleh terapung dan logam ringan pula      
             boleh tenggelam.

             Selepas itu, eksperimen bermula….jom siasat….

             Gambar dibawah adalah gambaran eksperimen kami.




    Buoyant force = Upward acting force when the object immerse in a fluid.

    Setelah selesai eksperimen, kami dapat men jawab soalan tadi.

    Answer: Some object float because there have an upward force acting on the ship when the ship  immerse in the liquid. The force acting is greater than it weight.
















    Sunday 9 October 2011

    Refleksi Seminar Nuklear

    Salam semua:)

    Alhamdulillah, saya dan kawan-kawan  sekelas telah berjaya mengadakan satu seminar berkaitan  nuklear minggu lepas. Semestinya  perasaan selepas tamat program tersebut adalah GEMBIRA betol tak kawan-kawan?

    Setelah 4 minggu bertungkus lumus menyiapkan tugasan Project Base Learning, Akhirnya, kami sekelas dapat menarik nafas lega.

    Pada pendapat saya, Seminar tersebut telah berjaya mencapai objektif yang tersendiri.
    Namun, kita adalah manusia biasa  yang hanya merancang dan tuhan menentukan. Pada pemerhatian saya, kita  perlu meningkatkan lagi cara pengurusan dan promosi sesuatu program agar lebih ramai pelar dan orang ramai tertarik untuk hadir ke seminar tersebut.
    Kehadiran tetamu iaitu wakil dari Agensi Nuklear Malaysia adalah sangat memberi kesan. Segala pengetahuan yang ada dikongsi bersama dan seterusnya dapat membuka minda hadirin yang hadir.

    Tuesday 4 October 2011

    Pelajaran Seterusnya :)

    Salam semua J

    Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf pada Dr Nurul sebab lewat update blog, sesungguhnya saya hanya insan biasa yang penuh dengan kekurangan.
              Untuk pengetahuan semua, minggu lepas saya dan kawan-kawan pengakap telah menyertai acara perbarisan sempena Hari Patriotik UPSI. Jadi saya terpaksa meninggalkan kelas EDU pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, dengan adanya kawan-kawan yang baik….saya dapat mengetahui serba-sedikit tentang apa yang telah diajar oleh Dr Nurul.

    Apa itu kemahiran proses sains???

    1
    PEMERHATIAN
    Proses pemerhatian melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita dalam persepsi ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku; pemerhatian boleh dibuat secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak langaung melalui peralatan sains
    2
    PENGKELASAN
    Proses pengkelasan melibatkan penyusunan objek atau perkara yang berlaku mengikut ciri-cirinya
    3
    MENGGUNAKAN NOMBOR
    Proses ini diperlukan untuk membuat pengukuran atau membuat perbandingan serta untuk menyusunkan objek
    4
    BERKOMUNIKASI
    Proses ini melibatkan perpindahan data; data boleh dipindahkan melalui percakapan, penulisan, graf, rajah, lukisan, peta atau pun formula; kemahiran seperti menyoal, berbincang, memberi penerangan juga adalah kemahiran berkomunikai
    5
    PENGUKURAN
    Proses ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang, luas, isipadu dan jisim; proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains
    6
    MEMBUAT INFERENS
    Proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian; proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi
    7
    MEMBUAT RAMALAN
    Ramalan adalah berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang perhubungan di antara pembolehubah; ramalan adalah spekulasi; ramalan adalah cadangan apakah yang mungkin berlaku
    8
    PENGGUNAAN PERHUBUNGAN RUANG-MASA
    Proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan spatial.