Monday 24 September 2012

Guru oh guru :)

Assalamualaikum semua :)

Tinggal 3 minggu lagi nak abih praktikal....yuhuuuu hehe (ops jgn excited sgt, byk lagi kerja yg perlu dibereskan ina). Ok, apa-apa pun hari ni saya nak luahkan isi hati saya sekarang.

Hari ni cikgu x observe pun. Alhamdulillah semangat sy sudah kembali....apa2 yg ditegur cikgu adalah dtg dari kelemahan  diri sy sendiri. Hrmm...td lepas habis mengajar kelas 2 dinamik, ina terus pegi belakang jumpa cikgu mcm biasa. Hari ni cikgu xnak komen ape2 pn cuma...dy ckp ok...xpe ad masa 2 minggu lagi, lain kali mungkin boleh bawak tukul untuk bagi pelajar lebih nampak apa yang kita nak sampaikan. Tapi apa yang menarik....ina jumpa satu kata kunci yang selama ni ina tertanya-tanya....pasal tajuk mesin ringkas ni. Cikgu cakap.....cuba bayangkan kalau Fulkrum x terletak tgh2....senang tak nak cabut paku tu??? Aaa la....mesin ringkas adalah untuk memudahkan kerja manusia. Jadi...Kedudukan daya, fulkrum, dan beban tu semuanya ada sebab.

Sekian:)

P/S: guru memang kena bersedia untuk terima apa jua cabaran, kalau kena ajar kelas paling bawah...anda juga kena terjun dan selami mereka sama level dengan mereka....jgn terlalu berharap apa yg kita nak, kita akan dapat,Ok :)




Thursday 13 September 2012

Kesabaranku ada tahapnya.....

Tolonglah ubah diri awak....tahun depan dah nak SPM....datang makmal bawak pen sebatang, buku tinggal kt kelas, kertas latihan letak merata-rata.....

Sedikit kecewa dengan sikap pelajar, guru berusaha menarik minat mereka dengan melakukan eksperimen, memberi penerangan berulang kali, memberi ganjaran, tidak perlu menyalin nota....tp mereka tidak pernah menghargainya~~~~

Ya Allah, bukakan hati pelajar2ku agar mereka berminat untuk belajar....amin.


Insyaallah, aku akan cuba untuk bertahan, mungkin ini adalah cabaran yang perlu aku lalui. Yakinlah, setiap apa yang dirancang oleh Allah adalah yang terbaik untuk hambanya. 
Kita sebagai hamba seharusnya cuba untuk menyelami apa maksud yang tersirat ingin disampaikan kepada kita. Sama-sama kita menyelaminya.



Friday 4 May 2012

Hati yang hiba.....

Assalamualaikum.....hanya ingin meluahkan kesedihan di hati....

Ya Allah...
Terlalu banyak kelemahan diri ini,
Sungguh...aku sangat sedih,
Aku sedih....
Kadang-kadang rasa diri ini sangat kerdil,
Terutama di kalangan teman-teman.

Ya Allah...
Adakah lagi peluang untuk aku menjadi lebih baik?
Jika ada, bagaimana?
Aku sangat bingung....
Apa yang patut aku lakukan...
Kadang-kadang aku rasa apa yang aku lakukan...
Tidak memberi apa-apa makna...

Ya Allah...
Aku akui...aku insan yang lemah,
Sentiasa melakukan kesilapan,
Aku memerlukan kekuatan dariMu,
Aku tidak mampu melalui nya seorang diri,

Ya Allah...
Tunjukkan ku jalan yang lurus,
Sesungguhnya...hanya engkau yang maha mengetahui,
Apa yang terbaik untuk hambaMu ini.


Nukilan: Insan yang lemah......

Monday 21 November 2011

Pembelajaran Kooperatif


Sehingga hari ini, kami telah mempelajari 4 kaedah pembelajaran iaitu Project Base Learning (PjBL), Pembelajaran inkuiri, Problem Base Learning (PBL) dan Thinking Base Learning (TBL). Pada hari ini, saya telah mempelajari satu lagi kaedah pembelajaran iaitu Pembelajaran Kooperatif.

Pembelajaran Kooperatif adalah kaedah pengajaran iaitu pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil iaitu secara heteragenous. Heteragenous ini bermaksud pelajar mempunyai kemampuan yang berbeza. Di dalam kumpulan ini akan berlakunya proses perbincangan dan interaksi yang aktif antara ahli kumpulan. Akhirnya, pelajar akan melakukan penilaian dan kesimpulan tentang apa yang dibincangkan.

5  PRINSIP PEMBELAJARAN KOOPERATIF

1.    Saling bergantungan secara positif
2.    Penanggungjawaban individu
3.    Interaksi bersemuka
4.    Pengajaran kemahiran sosial eksplicit
5.    Pemprosesan kumpulan

TEKNIK PEMBELJARAN KOOPERATIF
1.    JIGSAW
2.    STAD
3.    GI
4.    TGT
5.    TAI- Team accelerate instruction
6.    Numbered Head Together

TEKNIK JIGSAW
Hari ini kami telah menjalankan Teknik JIGSAW untuk mempelajari pembelajaran kooperatif ini. Setiap pelajar di setiap kumpulan diberi nombor 1 hingga 5. Selepas mendapat nombor, pelajar diarahkan untuk bergerak ke kumpulan yang mempunyai nombor yang sama. Jadi, semua ahli berpecah dari kumpulan asal. Setiap ahli akan bertanggungjawab untuk menjadi PAKAR iaitu tentang teknik yang akan dibincangkan dalam kumpulan yang telah dibahagikan tadi. Kami diberi masa 30 minit untuk berbincang. Setelah selesai, kami kembali ke kumpulan asal dan berkongsi maklumat yang diperoleh.


TEKNIK TAI- Team accelerate instruction
Matlamat = Memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaian seiring dengan pelajar lain.

Langkah2

Ø  Guru akan memberi kuiz
Ø  Pelajar akan menjawab secara individu
Ø  Guru menilai kuiz tersebut dan membahagikan kumpulan kecil berdasarkan markah yang diperoleh. Kumpulan tersebut perlu terdiri daripada pelajar baik, sederhana dan lemah.
Ø  Pelajar akan berbincang jawapan kuiz dengan ahli kumpulan yang telah di agih.
Ø  Guru membuat kuiz sekali lagi untuk menilai kefahaman dan peningkatan markah pelajar.

TEKNIK STAD

Ø  Guru akan mengajar di dalam kelas
Ø  Kemudian, guru akan memberi kuiz untuk memahami tahap kefahaman pelajar.
Ø  Seterusnya, kumpulan kecil dibahagikan mengikut keputusan kuiz. Satu kumpulan mesti terdiri dari tahap pencapaian yang berbeza.
Ø  Pelajar akan berbincang
Ø  Guru memberi kuiz secara individu
Ø  Markah kuiz individu tadi akan dicampurkan dengan markah ahli kumpulan asal tadi.
Ø  Ganjaran diberikan.

TEKNIK TGT

Ø  Cikgu akan mengajar terlebih dahulu.
Ø  Kumpulan dibahagikan kepada 4 atau 5 orang tiap kumpulan
Ø  Guru akan memberi satu soalan dan semua kumpulan akan berbincang untuk selesaikan soalan
Ø  Guru terangkan jawapan.
Ø  Kemudian, kumpulan baru dibentuk mengikut level kefahaman pelajar.
Ø  Guru bagi kuiz
Ø  Pelajar kumpul skor dan kembali ke kumpulan asal

TEKNIK  GI

Ø  Aktiviti dijalankan secara berkumpulan
Ø  Penyiasatan dijalankan
Ø  Ada interaksi, mencari idea dan intrepertation dengan ahli kumpulan
Ø  Analisis maklumat, motivasi diri dan pelajar membentangkan dapatan.
Ø  Guru melakukan penaksiran.
Ø  Teknik ini menggunakan asas inkuiri akademik.

Ujian 1, 2 dan miskonsepsi

Pada hari isnin 21 Nov 2011, dalam kelas Dr.Nurul telah menunjukkan semula hasil untuk ujian 2 iaitu menghasilkan satu rancangan perjalanan pembelajaran. Dr.Nurul telah memilih beberapa hasil kerja pelajar untuk diberi sedikit kritikan yang membina. Setelah, dr membuat sesi refleksi tersebut, barulah saya faham apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan rancangan perjalanan tersebut. Terima kasih Dr kerana memberi peluang kepada kami untuk membetulkan ‘prezi’ tersebutJ
Selepas itu, Dr Nurul mengarahkan kami membuat ujian 1 semula bagi soalan 6 sahaja. Ini kerana Dr ingin memberi peluang untuk menambahbaikan markah yang diperoleh dalam masa 30 minit secara individu. Tujuan utama Dr memberi peluang tersebut kerana Dr ingin memastikan samada kami faham atau tidak dengan apa yang dilakukan semasa fasa 2 inkuiri induktif tersebut.
Setelah selesai menjawab, Dr nurul ingin menguji sekali lagi kefahaman kami dengan persoalan berkaitan tajuk prinsip bernouli. Akhirnya, barulah saya faham apa yang perlu dijawab sebenarnya.



Sejam kemudian, Dr nurul memulakan sesi pembelajaran baru iaitu Miskonsepsi dalam sains.

Contoh soalan:-

1.    Hotter object contain heat than colder objects (True) F

2.    Heavier object always fall faster than lighter objects. (false)- because heavier object not always fall faster than lighter because in vacuum the object will fall equally. F

3.    Light object  float while the object is sink. (false)- because object float because of density of object and water. That not because of weight. F

4.    Object  float because there are air in them. ( False) – because water more dense than object not just because air in them. F

5.    An object that is thrown upwards continue to move upwards because the force applied by the hand is still acting on it. (True) F



Penerangan

1.    Haba adalah tenaga yang dipindahkan disebabkan perbezaan suhu. Bila berada dalam ‘thermal equilibrium’ haba=0. Haba tidak boleh dikandung.Objek tidak boleh ada haba didalamnya.

          Molekul memindahkan haba dan mengalami tenaga kinetic.

C= tenaga haba yang diperlukan untuk menaiikan suhu 1 darjah celcius pada 1 jisim berat.



  •             Tenaga boleh diserap.
  •      Apabila diserap tenaga tersebut dipanggil tenaga dalaman Jika tenaga kinetic meningkat maka tenaga dalamn juga meningkat.

2.    Kalau free fall objek ringan dan berat akan jatuh pada masa yang sama, rintangan udara boleh diabaikan.

3.    2 Faktor penting ialah isipadu sesuatu objek dan daya tujahan dan apungan bergerak serentak.

4.    Jumlah air yang disesarkan adalah sama dengan daya apungan. Lebih banyak cecair yang tersesar lebih mudah untuk objek terapung.

5.    Daya adalah interaksi dengan dua daya.



Tuesday 15 November 2011

Saya, Teknologi dan Media

Salam semua:)

Alhamdulillah hari ini, saya sempat singgah ke blog ni hehehe 

Pada hari isnin 14 hb november 2011, Dr. Nurul telah memberi satu tugasan baru kepada kami. 

Apa yang menarik tentang tugasan kali ini adalah kita akan menjalankan Problem base learning(PBL) + Projek based learning (PjBL) akan digunakan dalam menyiapkan tugasan ini



Tugasan anda: Gunakan persoalan di atas sebagai titik tolak dan dorongan bagi menghasilkan satu
rancangan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintegrasi teknologi dan media di bilik darjah anda
kelak. Huraikan setiap langkah atau keputusan yang anda ambil di sepanjang perjalanan tersebut serta
semua teknologi dan media lama dan baru yang akan anda integrasi di bilik darjah beserta justifikasi
pemilihan. Gunakan kreativiti dan teknologi ICT untuk menghasilkan satu visual perjalanan yang bukan
saja berinformasi bahkan menarik. Paparkan rancangan ini dalam blog anda.

.