Tujuan memperkukuh
¨Meningkatkan interaksi bilik darjah
¨Memperbaiki disiplin bilik darjah
¨Memotivasi pelajar
¨Meningkatkan keyakinan pelajar
¨Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
¨Meningkatkan kefahaman pelajar
Prinsip memperkukuh (secara positif)
¨Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
¨Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
¨Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
¨Bersifat ikhlas
Kumpulan saya telah ditugaskan untuk membentangkan tentang kemahiran memperkukuh ini. Untuk pengetahuan semua, saya mengakui minggu ini adalah giliran saya untuk membentang. Pada hari kejadian, saya mengakui yang saya tidak mempunyai persediaan langsung untuk membentang. Saya akui ini adalah berpunca dari kesilapan dan kelemahan diri saya sendiri. 3 hari sebelum masa perbentangan sebenarnya, saya telah menyertai perkhemahan Kelana siswa di Johor. Saya telah pulang kerumah semula pada jam hampir pukul 12 malam pada hari ahad. Sebelum sampai kerumah, suatu kejadian yang bagi saya sangat menyedihkan telah berlaku kepada saya dan dua orang rakan yang lain. Barang-barang yang dibawa ke perkhemahan tersebut telah dicuri orang dengan sekelip mata semasa berhenti rehat di r & r . Tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu, kami diibaratkan tinggal sehelai sepinggang. Kami pulang dengan hati yang hiba dan tidak tentu arah. Siapakah melakukan kerja mencuri itu??? Hanya Allah yang tahu... Oleh itu,kerana fikiran yang celaru dan keletihan saya tidak dapat membuat apa-apa persediaan. Saya ingin memohon maaf kepada dr.nurul atas kesilapan yang saya lakukan ini. Sesungguhnya, saya telah mendapat banyak pengajaran dan pengalaman dengan apa yang telah berlaku. Oleh itu, hari berikutnya, saya menguatkan semangat saya kembali untuk membetulkan keadaan dan melupakan semua peristiwa yang telah berlaku.
Alhamdulililah saya dapat menjalankan pembentangan tersebut dengan baik walaupun banyak kekurangannya. Tetapi saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan yang memberi kerjasama yang baik dan sering memberi semangat. Sesungguhnya, kalian adalah sahabat2 yang baik;)
No comments:
Post a Comment