Sunday 13 November 2011

Kemahiran mengendalikan kerja amali

Tujuan menjalankan amali
  ¨Meningkatkan penguasaan isi kandungan
  ¨Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah, dan semangat sains
  ¨Membina kemahiran dan sikap saintifik
  ¨Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
  ¨Membina kemahiran praktik yang generik
  ¨Membina pengetahuan sains secara empirik
  ¨Membina kemahiran bekerja dalam kumpulan

Prinsip mengendali kerja amali
¨Tentukan objektif kerja amali
¨Tumpukan kepada sebilangan kecil kemahiran sahaja bagi satu-satu pengajaran
¨Sediakan bahan, peralatan, dan sumber secukupnya sebelum amali hendak dijalankan
¨Sebaiknya bahagikan pelajar secara berpasangan atau bertiga (kumpulan kecil)
¨Seimbangkan amali tradisional dengan amali berbentuk inkuiri mengikut kebolehan pelajar
¨Wujudkan persekitaran yang mengujakan, meransang sifat ingin tahu, dan bersemangat sains di makmal
¨Beri peringatan tentang peraturan keselamatan di makmal
¨Ajar terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelak kemalangan dan cara bertindak apabila berlaku kemalangan


Gambar kenangan semasa sem 2 kt makmal research hehehe

No comments:

Post a Comment