Monday, 17 October 2011

Kemahiran Menyoal

Salam semua:)

Hari ini dalam kelas EDU 3016, kami telah mempelajari tentang kemahiran menyoal.

Rupa-rupanya menyoal ni banyak langkah....untuk mengajak pelajar berfikir dan menjawab soalan yang diberi dengan baik.

5 Langkah untuk menyoal pelajar : -

  • Ajukan soalan kepada seluruh kelas
  • Memberi masa untuk berfikir
  • Pilih pelajar untuk menjawab soalan.
  • Memberi respon kepada jawapan pelajar
  • Nyatakan semula soalan dan berikan jawapan yang tepat

Semasa proses pembentangan, dua kumpulan telah dipilih untuk membentang tentang kemahiran ini.

Kumpulan Hafiz telah menyoal tentang Prinsip Archimedes. Beliau telah mengambil masa yang agak lama untuk membolehkan pelajar faham dan mampu memjawab soalan yang diberi.
Kumpulan yana pula menyoal soalan seperti apa yang akan terjadi apabila ais cair??

Antara jawapan yang diberi:-

  • gelas berpeluh (kondensasi)
  • air melimpah
  1. air berkurang

    Kesimpulannya, kita perlu mengambil perhatian tentang semua aspek yang berkaitan topik yang ingin disoal. Supaya kita dapat mengaitkan semua konsep yang membolehkan pelajar menjawab soalan yang diberi.



    9 KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN


    1. Memulakan pengajaran
    2. Menyoal
    3. Menerang
    4. Memperkukuh
    5. Membuat demonstrasi
    6. Mengendali perbincangan
    7. Mengendali kerja amali
    8. Menutup pengajaran
    9. Membuat refleksi


    No comments:

    Post a Comment