Sunday 9 October 2011

Refleksi Seminar Nuklear

Salam semua:)

Alhamdulillah, saya dan kawan-kawan  sekelas telah berjaya mengadakan satu seminar berkaitan  nuklear minggu lepas. Semestinya  perasaan selepas tamat program tersebut adalah GEMBIRA betol tak kawan-kawan?

Setelah 4 minggu bertungkus lumus menyiapkan tugasan Project Base Learning, Akhirnya, kami sekelas dapat menarik nafas lega.

Pada pendapat saya, Seminar tersebut telah berjaya mencapai objektif yang tersendiri.
Namun, kita adalah manusia biasa  yang hanya merancang dan tuhan menentukan. Pada pemerhatian saya, kita  perlu meningkatkan lagi cara pengurusan dan promosi sesuatu program agar lebih ramai pelar dan orang ramai tertarik untuk hadir ke seminar tersebut.
Kehadiran tetamu iaitu wakil dari Agensi Nuklear Malaysia adalah sangat memberi kesan. Segala pengetahuan yang ada dikongsi bersama dan seterusnya dapat membuka minda hadirin yang hadir.

No comments:

Post a Comment