Friday 23 September 2011

Model Instruksi/ Pengajaran

Salam semua:)

Alhamdulillah.....hari ini saya sempat update blog....kelmarin kelas mmg penuh huhuhu dari pagi sampai malam tau. Apa-apa pun itulah namanya kehidupan seorang pelajar;)


Ok, hari ini saya nak kongsi ilmu yang saya dapat semasa kelas dr.nurul semalam. Kami telah belajar berkaitan model instruksi/pengajaran. Terdapat 4 asas pembinaan model ini iaitu:-

  • Berasaskan teori pembelajaran 
  • Berasaskan pemusatan guru
  • Berasaskan bilangan pelajar
  • Berasaskan darjah penstrukturan
Hari ini kami telah menumpukan model pengajaran berasaskan teori pembelajaran. Teori pembelajaran yang kami gunakan ialah teori konstruktivis. Kenapa teori konstruktivis?? sebab teori ini biasa digunakan olah pendidik-pendidik sains.

Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran kontruktivis adalah:-
  • Otak adalah prosessor yang selari. Pengajaran yang efektif adalah pengajaran yang menggunakan pelbagai kaedah.
  • Pengajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Tidak tertumpu intelek sahaja.
  • Pemahaman bergantung pada pengalaman.
  • Pembelajaran memerlukan masa.
  • Pelajar membina, meruntuh dan membina semula pengetahuan mereka sendiri.
Model pengajaran 4-fasa terbahagi kepada:-

  • Permulaan/cungkil
  • Struktur/struktur semula idea
  • Aplikasi Idea
  • Refleksi / penutup
**model = struktur / susunan yang memudahkan pengajaran

No comments:

Post a Comment